CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Leelou Blogs

Saturday, March 5, 2011

Aduh

Sakit perut la. Dah 2, 3 hari dah macam ni. Rasanya gastrik i kembali menyerang la. Hope cpt sembuh. Good nyte everyone!

Wednesday, March 2, 2011

Resepi Lagi

Haisyh. Busy betol rasa hari ni. Ramai betol peminat nk dilayan. Famous jgk i ni yer. Haha. Tapi sirius bertubi2 org dtg chatting. Tapi aku xkisah pon. Well aku kan suka macam ni. Haha. Sibuk kohai2 ku nak prepare barang2 untuk datang sini. Untuk bdk kobe dan kawasan2 sewaktu dengannya dorang akan samapi 24/3 ni. So, nanti aku and housemate aku Afia akan pergi jemput dorang kat Eki Shin Kobe. Semoga perjalanan dorang smooth n selaat sampai sini lah.


Oklah, haisyh, hari tu aku ada masak ayam goreng nestum. House mate aku suka sangat. Tapi memang sedap pon. rasa macam ayam KFC beb. Haha. Pastu ada permintaan senior2 tempat aku ni suruh masak lagi. Aku buat la lagi. 2 kali dah aku try buat. Memang best! Aku ada uploada gambar kat fb so kwn2 aku dok sibuk tanya resepi nk buat. So atas permintaan, aku nk letak la resepi tu kat sini. Simple sangat.

Ayam Goreng Nestum

Bahan untuk perap
-Ayam-basuh dan toskan (ni pakai 2 keping ayam boneless)
-2 sudu teh rempah kari ayam
-2 sudu teh lada sulah
-2 sudu teh lada hitam (serbuk)
-2 sudu teh serbuk lada/serbuk cili
-1/2 kiub ayam
-Garam secukupnya
Bahan untuk goreng
-5 sudu tepung gandum
-Sebijik telur
-Air secukupnya
-Daun kari *kalau ada. Saya kat Jepun tak bawak pulak daun kari.
-Nestum
-minyak utk menggoreng


First skali,nampak tak ayam kat atas ni. ayam ni diperap dengan bahan2 perapan seperti yang tertulis kat atas. Perap la lama mana nak. Saya perap dalam 30 min ja. 

Ini adalah bancuhan tepung telur dan air. Masukkan tepung dan telur dulu kacau, pastu baru chousei(adjust) dengan air skit sampai jadi lebih kurang cenggini lah!


Ini nestum nya. Ikot banyak mana ayam la. Saya suka salut nestum ni banyak2 sampai xnampak ayam.hehe

Then, goreng la. Nampak x penuh nestum tu. Baru sedap dan crispy lagi tu. Hehe.

 Tara! ni yang 2nd time punya buat untuk senior2 sempena habis exam. Makan dengan nasi goreng belacan. Perghh!terangkat!hehe

SO,selamat mencuba~

-Dia-

  Dia insan pertama yang bertahta. Dia insan pertama yang ku cinta. Dia pernah membuat ku bahagia. Dia yang mengajarku tentang erti rindu.

  Dia yang dulu pernah ku sanjungi. Tapi bukan lagi waktu kini. Kecewa ku menangis tak henti-henti. Meninggalkan kesan luka pedih tak terperi.


  Tiada ku duga. Tidak pernah ku pinta. Permulaan yang jernih menjadi keruh dengan tiba-tiba. Tapi takdir yang menentukan segala. Aku pasrah dan redha. Kerana aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah telah menentukan segalanya. Bak kata 'Ziana Zain' la TIADA JODOH ANTARA KITA.

  Kini tidak lagi aku mengalirkan air mata untuk perpisahan ini. Sungguh, tak tipu ni. Tapi, aku hanya mampu berdoa agar kau juga melupakan diri . Terimalah kenyataan ini. Yang kita tidak akan bersatu kembali. Sudah!Sudahlah engkau mengganggu ku lagi. Pergilah engkau mencari pengganti. Pergilah engkau dari diri ini. Jangan diingati diriku kembali. Kerana...... Aku takut perasaan benci ini akan tumbuh mekar dalam hati
Cukuplah!

  Semoga Dia bertemu jodoh yang lebih baik. Aku tidak mampu menyintai Dia lagi. Tidak pula aku membenci Dia sampai mati. Aku tidak pernah menyalahkan takdir ini. Aku harap Dia juga sebegini.

~Nukilan jiwa,luahan hati~









Tuesday, March 1, 2011

Kiki Lala XXL

Anyon!hehe. Hye everybody. What are u doing today? Genki? Hope cemua cihat2 belake ye.
Hehe. Actually nk cite ari ni xde kaitan pon ngan tajuk tu. Saja tringat kwn aku slalu kata aku pakai baju kiki lala saiz XXL. Kureng kan depa. Haha. Suka kutuk aku dalam diam. Tapi xpalah aku pasrah,terima dan redha dengan ketentuanNya. Haha. Ayat nak touching2 boleh.

Ok kita berbalik pada entry yg aku nk buat ari ni. Hey kawan2. Hari ini korg makan apa??haha. Tengah2 malam boleh buat entry pasal makan aku ini. Haisyh. Bila nk insaf xtaw. Hoho. Whatever lah. Aku nk cerita pasal ni sebab permintaan kawan aku la si Dyana Nabila ni tanya resepi mee hailam kat aku. Actually aku xpernah berniat nak letak resepi kat blog. Sebab kau pon tahu la kan,aku baru ja berjinak2 bab masak ni. Tapi memang aku suka memasak. Aku suka mencuba kalau sedap Alhamdulillah xsedap xpa kita cuba lagi. Aku suka masak. Suka bagi orang makan. So that kalau dapat komen ka aku boleh improve masakan aku kan. Suka3!hehe

So, arini aku malas nk masak sbb 2, 3 hari lepas asyik makan berat2 ja. Nasi tomato lah, Nasi lemak la. So, smlm aku mkn tomyam ja housemate aku buat. Hari ni pon malas nk masak lagi aku cuba la belek2 resepi tgk nak masak apa. Tiba2 terfikir nk masak mee hailam. Cek resepi uiihhh banyak nya bahan2 dya yang aku xdak. Sos abalon la, sos lada hitam, udang kering la,lada benggala watsoeva. Nak akirameta dah la. Tapi last2 aku nak jugak buat. Sebab mee goreng,mee kari dah pernah cuba buat. So nk cuba buat yang lain la plak. Lagipun hari ni ada tetamu. Kawan2 housemate aku datang rumah. So let's cekidout skit resepi aku masak ni. Even xseberapa n simple tp Alhamdulillah mendapat pujian org2 yg makan.

                                             mee hailam. xsempat nk hias pon.haha

RESEPI


Bahan2


-dada ayam(potong dadu) * bersih dan toskan
-udang rendam dgn geram about 5 min
##nk tambah daging ka sotong ikot suka
(kalau ikot resepi sebenar dia suruh amek kepala dan ekor udang,goreng sekejap sampai kuning,then tumbuk sampai hancur pastu rebus amek air stok dye. Tapi saya xbuat pon sbb malas. Haha)(Kalau ada udang kering boleh terus kisar je. Terpulang)
-carrot *potong optional. nak panjang2 bulat2 bentuk spera ka. suka hati
-kubis cina
-fish cake,fish ball,chikuwa,tauhu goreng yg nipis tu (benda2 ni optional la nk tak apa suka hati)
*lada hitam whole (tuang men hantam ja)
*bawang putih (saya guna 3 ulas)
*bawang besar/bawang merah (saya guna bawang besar yg warna kuning tu)
  ( * blend kan)
##kalau nk pkai serbuk lada hitam pon boleh tapi rasanya xmenyengat sangat la banding ngan yg whole ni. That's why i prefer pkai yg whole then blend kan. Baru terangkat beb!
-sos tiram (lebih kurang 1senduk)
-kicap pekat (lebih kurang 2 senduk)
##ikot banyak mana awak buat la ek.agak mcm dh gelap tu stop la.
-kiub ayam (ni saya saja tambah sniri. so garam xmasukkan dah)
-1 sudu(lebih kurang) cili kisar/cili serbuk
-Tepung jagung
-mee/udon 


Cara2

  1. 1 sudu minyak masak. (saya xsuka pakai minyak banyak2). Bila minyak dah panas masukkan bawang putih. Tunggu kejap, then masukkan bawang besar, serbuk cili. Tumiskan. (saya blend bwg2 n lada hitam tu skali so masukkan semua tu terus ja. Terpulanglah nk ikot cara betol atau cara saya.hehe)
  2. dh naik bau masukkan ayam. Dalam 5 min ataupun tengok ayam tu dah nak masak sikit tu masukkan carrot dan kubis cina. Saya suka masukkan awal2 sebab nak kasi dia lembut. Baru sedap dimakan. Hehe.
  3. Sambil tu masukkan air sampai banyak mana kuah yang awak suka.
  4. Then, masukkan sos tiram dan kicap. Kacau bagi rata. Tengok perubahan warna dia. Nama pon hailam mesti la kena kuah hitam2 skit kan so ejas2 la sendiri.
  5. Lepas tu masukkan kiub ayam. Saya masukkan dalam setengah cam tu. Rasa sampai dh agak cukup rasa tu biarkan kuah tu sampai mendidih. Maybe dalam 5-10min kot. Tak tengok jam la pulak. Hehe
  6. Rasa semua dh ok,sedap,masukkan udang dan bahan2 sampingan mcm fish cake dsbg.
  7. Tepung jagung dalam 4 sudu besar gitu ikot kuah jgk la ni pon. Bancuh dengan air skit. Pastu tuang masuk dalam kuah. Kacau rata. Kecilkan api. Biar selama 3-5min tutup api. Siap!
kepada saudari Dyana Nabila selamat mencuba okayh. Hang xbuat siap!penat aku letak resepi ni taw. Haha
Yang lain2 pon especially yg duk luar Malaysia tu mesti ada bahan yang xlengkap kan. So,bolehla cuba try buat ni. Simple n sedap sangat! Oh satu lagi nak bagi rasa dia menyengat lagi saya tambah cabai melaka dalam kuah tu. Uihh... terangkat beb!hehe
selamat mencuba!


Saya Suka Makan. Hobi Saya Makan!