CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Leelou Blogs

Wednesday, March 2, 2011

-Dia-

  Dia insan pertama yang bertahta. Dia insan pertama yang ku cinta. Dia pernah membuat ku bahagia. Dia yang mengajarku tentang erti rindu.

  Dia yang dulu pernah ku sanjungi. Tapi bukan lagi waktu kini. Kecewa ku menangis tak henti-henti. Meninggalkan kesan luka pedih tak terperi.


  Tiada ku duga. Tidak pernah ku pinta. Permulaan yang jernih menjadi keruh dengan tiba-tiba. Tapi takdir yang menentukan segala. Aku pasrah dan redha. Kerana aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah telah menentukan segalanya. Bak kata 'Ziana Zain' la TIADA JODOH ANTARA KITA.

  Kini tidak lagi aku mengalirkan air mata untuk perpisahan ini. Sungguh, tak tipu ni. Tapi, aku hanya mampu berdoa agar kau juga melupakan diri . Terimalah kenyataan ini. Yang kita tidak akan bersatu kembali. Sudah!Sudahlah engkau mengganggu ku lagi. Pergilah engkau mencari pengganti. Pergilah engkau dari diri ini. Jangan diingati diriku kembali. Kerana...... Aku takut perasaan benci ini akan tumbuh mekar dalam hati
Cukuplah!

  Semoga Dia bertemu jodoh yang lebih baik. Aku tidak mampu menyintai Dia lagi. Tidak pula aku membenci Dia sampai mati. Aku tidak pernah menyalahkan takdir ini. Aku harap Dia juga sebegini.

~Nukilan jiwa,luahan hati~









2 comments:

nadia

acikku... dun be sad my dear.. u have me to lay on

:: fatin nashwah ::

xpa k.chik..
yg baik sdg menanti,,
be hepi..!!
ahaks~ ;)

Post a Comment