CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Leelou Blogs

Saturday, March 5, 2011

Aduh

Sakit perut la. Dah 2, 3 hari dah macam ni. Rasanya gastrik i kembali menyerang la. Hope cpt sembuh. Good nyte everyone!

Wednesday, March 2, 2011

Resepi Lagi

Haisyh. Busy betol rasa hari ni. Ramai betol peminat nk dilayan. Famous jgk i ni yer. Haha. Tapi sirius bertubi2 org dtg chatting. Tapi aku xkisah pon. Well aku kan suka macam ni. Haha. Sibuk kohai2 ku nak prepare barang2 untuk datang sini. Untuk bdk kobe dan kawasan2 sewaktu dengannya dorang akan samapi 24/3 ni. So, nanti aku and housemate aku Afia akan pergi jemput dorang kat Eki Shin Kobe. Semoga perjalanan dorang smooth n selaat sampai sini lah.


Oklah, haisyh, hari tu aku ada masak ayam goreng nestum. House mate aku suka sangat. Tapi memang sedap pon. rasa macam ayam KFC beb. Haha. Pastu ada permintaan senior2 tempat aku ni suruh masak lagi. Aku buat la lagi. 2 kali dah aku try buat. Memang best! Aku ada uploada gambar kat fb so kwn2 aku dok sibuk tanya resepi nk buat. So atas permintaan, aku nk letak la resepi tu kat sini. Simple sangat.

Ayam Goreng Nestum

Bahan untuk perap
-Ayam-basuh dan toskan (ni pakai 2 keping ayam boneless)
-2 sudu teh rempah kari ayam
-2 sudu teh lada sulah
-2 sudu teh lada hitam (serbuk)
-2 sudu teh serbuk lada/serbuk cili
-1/2 kiub ayam
-Garam secukupnya
Bahan untuk goreng
-5 sudu tepung gandum
-Sebijik telur
-Air secukupnya
-Daun kari *kalau ada. Saya kat Jepun tak bawak pulak daun kari.
-Nestum
-minyak utk menggoreng


First skali,nampak tak ayam kat atas ni. ayam ni diperap dengan bahan2 perapan seperti yang tertulis kat atas. Perap la lama mana nak. Saya perap dalam 30 min ja. 

Ini adalah bancuhan tepung telur dan air. Masukkan tepung dan telur dulu kacau, pastu baru chousei(adjust) dengan air skit sampai jadi lebih kurang cenggini lah!


Ini nestum nya. Ikot banyak mana ayam la. Saya suka salut nestum ni banyak2 sampai xnampak ayam.hehe

Then, goreng la. Nampak x penuh nestum tu. Baru sedap dan crispy lagi tu. Hehe.

 Tara! ni yang 2nd time punya buat untuk senior2 sempena habis exam. Makan dengan nasi goreng belacan. Perghh!terangkat!hehe

SO,selamat mencuba~

-Dia-

  Dia insan pertama yang bertahta. Dia insan pertama yang ku cinta. Dia pernah membuat ku bahagia. Dia yang mengajarku tentang erti rindu.

  Dia yang dulu pernah ku sanjungi. Tapi bukan lagi waktu kini. Kecewa ku menangis tak henti-henti. Meninggalkan kesan luka pedih tak terperi.


  Tiada ku duga. Tidak pernah ku pinta. Permulaan yang jernih menjadi keruh dengan tiba-tiba. Tapi takdir yang menentukan segala. Aku pasrah dan redha. Kerana aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah telah menentukan segalanya. Bak kata 'Ziana Zain' la TIADA JODOH ANTARA KITA.

  Kini tidak lagi aku mengalirkan air mata untuk perpisahan ini. Sungguh, tak tipu ni. Tapi, aku hanya mampu berdoa agar kau juga melupakan diri . Terimalah kenyataan ini. Yang kita tidak akan bersatu kembali. Sudah!Sudahlah engkau mengganggu ku lagi. Pergilah engkau mencari pengganti. Pergilah engkau dari diri ini. Jangan diingati diriku kembali. Kerana...... Aku takut perasaan benci ini akan tumbuh mekar dalam hati
Cukuplah!

  Semoga Dia bertemu jodoh yang lebih baik. Aku tidak mampu menyintai Dia lagi. Tidak pula aku membenci Dia sampai mati. Aku tidak pernah menyalahkan takdir ini. Aku harap Dia juga sebegini.

~Nukilan jiwa,luahan hati~









Tuesday, March 1, 2011

Kiki Lala XXL

Anyon!hehe. Hye everybody. What are u doing today? Genki? Hope cemua cihat2 belake ye.
Hehe. Actually nk cite ari ni xde kaitan pon ngan tajuk tu. Saja tringat kwn aku slalu kata aku pakai baju kiki lala saiz XXL. Kureng kan depa. Haha. Suka kutuk aku dalam diam. Tapi xpalah aku pasrah,terima dan redha dengan ketentuanNya. Haha. Ayat nak touching2 boleh.

Ok kita berbalik pada entry yg aku nk buat ari ni. Hey kawan2. Hari ini korg makan apa??haha. Tengah2 malam boleh buat entry pasal makan aku ini. Haisyh. Bila nk insaf xtaw. Hoho. Whatever lah. Aku nk cerita pasal ni sebab permintaan kawan aku la si Dyana Nabila ni tanya resepi mee hailam kat aku. Actually aku xpernah berniat nak letak resepi kat blog. Sebab kau pon tahu la kan,aku baru ja berjinak2 bab masak ni. Tapi memang aku suka memasak. Aku suka mencuba kalau sedap Alhamdulillah xsedap xpa kita cuba lagi. Aku suka masak. Suka bagi orang makan. So that kalau dapat komen ka aku boleh improve masakan aku kan. Suka3!hehe

So, arini aku malas nk masak sbb 2, 3 hari lepas asyik makan berat2 ja. Nasi tomato lah, Nasi lemak la. So, smlm aku mkn tomyam ja housemate aku buat. Hari ni pon malas nk masak lagi aku cuba la belek2 resepi tgk nak masak apa. Tiba2 terfikir nk masak mee hailam. Cek resepi uiihhh banyak nya bahan2 dya yang aku xdak. Sos abalon la, sos lada hitam, udang kering la,lada benggala watsoeva. Nak akirameta dah la. Tapi last2 aku nak jugak buat. Sebab mee goreng,mee kari dah pernah cuba buat. So nk cuba buat yang lain la plak. Lagipun hari ni ada tetamu. Kawan2 housemate aku datang rumah. So let's cekidout skit resepi aku masak ni. Even xseberapa n simple tp Alhamdulillah mendapat pujian org2 yg makan.

                                             mee hailam. xsempat nk hias pon.haha

RESEPI


Bahan2


-dada ayam(potong dadu) * bersih dan toskan
-udang rendam dgn geram about 5 min
##nk tambah daging ka sotong ikot suka
(kalau ikot resepi sebenar dia suruh amek kepala dan ekor udang,goreng sekejap sampai kuning,then tumbuk sampai hancur pastu rebus amek air stok dye. Tapi saya xbuat pon sbb malas. Haha)(Kalau ada udang kering boleh terus kisar je. Terpulang)
-carrot *potong optional. nak panjang2 bulat2 bentuk spera ka. suka hati
-kubis cina
-fish cake,fish ball,chikuwa,tauhu goreng yg nipis tu (benda2 ni optional la nk tak apa suka hati)
*lada hitam whole (tuang men hantam ja)
*bawang putih (saya guna 3 ulas)
*bawang besar/bawang merah (saya guna bawang besar yg warna kuning tu)
  ( * blend kan)
##kalau nk pkai serbuk lada hitam pon boleh tapi rasanya xmenyengat sangat la banding ngan yg whole ni. That's why i prefer pkai yg whole then blend kan. Baru terangkat beb!
-sos tiram (lebih kurang 1senduk)
-kicap pekat (lebih kurang 2 senduk)
##ikot banyak mana awak buat la ek.agak mcm dh gelap tu stop la.
-kiub ayam (ni saya saja tambah sniri. so garam xmasukkan dah)
-1 sudu(lebih kurang) cili kisar/cili serbuk
-Tepung jagung
-mee/udon 


Cara2

  1. 1 sudu minyak masak. (saya xsuka pakai minyak banyak2). Bila minyak dah panas masukkan bawang putih. Tunggu kejap, then masukkan bawang besar, serbuk cili. Tumiskan. (saya blend bwg2 n lada hitam tu skali so masukkan semua tu terus ja. Terpulanglah nk ikot cara betol atau cara saya.hehe)
  2. dh naik bau masukkan ayam. Dalam 5 min ataupun tengok ayam tu dah nak masak sikit tu masukkan carrot dan kubis cina. Saya suka masukkan awal2 sebab nak kasi dia lembut. Baru sedap dimakan. Hehe.
  3. Sambil tu masukkan air sampai banyak mana kuah yang awak suka.
  4. Then, masukkan sos tiram dan kicap. Kacau bagi rata. Tengok perubahan warna dia. Nama pon hailam mesti la kena kuah hitam2 skit kan so ejas2 la sendiri.
  5. Lepas tu masukkan kiub ayam. Saya masukkan dalam setengah cam tu. Rasa sampai dh agak cukup rasa tu biarkan kuah tu sampai mendidih. Maybe dalam 5-10min kot. Tak tengok jam la pulak. Hehe
  6. Rasa semua dh ok,sedap,masukkan udang dan bahan2 sampingan mcm fish cake dsbg.
  7. Tepung jagung dalam 4 sudu besar gitu ikot kuah jgk la ni pon. Bancuh dengan air skit. Pastu tuang masuk dalam kuah. Kacau rata. Kecilkan api. Biar selama 3-5min tutup api. Siap!
kepada saudari Dyana Nabila selamat mencuba okayh. Hang xbuat siap!penat aku letak resepi ni taw. Haha
Yang lain2 pon especially yg duk luar Malaysia tu mesti ada bahan yang xlengkap kan. So,bolehla cuba try buat ni. Simple n sedap sangat! Oh satu lagi nak bagi rasa dia menyengat lagi saya tambah cabai melaka dalam kuah tu. Uihh... terangkat beb!hehe
selamat mencuba!


Saya Suka Makan. Hobi Saya Makan!

Friday, February 25, 2011


Wow. Lama jugak aku x ushar dan mengupdate blog ni ek. Sampai aku dh lupa aku ada blog. Haha. Sori la aku bz sgt sampai xdan nk bkk pon blog ni hah. Ceyh, bajet cam best ja. Aku ada sebab kenapa aku dah lama xupdate blog ni. Kenapa??First, aku bz sgt dgn exam akhir semester dari 19/1/2011 sampai la 14/2/2011.2nd, aku sgt2 la malas nk berfikir dan mengarang.3rd, aku xdak idea pon nk mengarut apa. Kononnya lepas ja abes exam nk terus update la tp dh abes exam sebok pulak merayau sana sini, sibuk dgn aktiviti lama aku iaitu menonton drama Korea la apa lg. Haha.Tapi arini aku rasa mcm nk tulis something la kat sini. Haa, dah lama aku mengarut ni malam ni aku rasa post aku bakal panjang melebar ni. Harap bersabar ya. Sapa xmau baca jangan dok kutuk aku boleh terus nyah dari blog ni. Eh.blog i suka hati i la. Woot2 -__-

Exam dah lepas. Sekarang just nk tunggu result keluar ja. Harap2 result kali ini tidak mengecewakan. Amin. Takut ini. Ada yg confident jwb aritu ada jgk yg hurmmmm....buat2 dah kan..skrg cuma perlu doa dan tawakal ja. Mudah-mudahan.....

Sebenanrnya bukan senang belajar di sini tambahan negara Jepun plak tu. Kenapa aku ckp mcm ni? Sebabnya mai gua kasi tahu sama lu. Jepun merupakan sebuah negara yang maju dan sgt berkembang dari segi teknologi,ekonomi dan sbgnya. Tapi satu kelemahan, jarang sekali antara mereka yang mahu menggunakan English dalam bergaul. Sampaikan semua yang nk belajar kat sini xkira lah datang dari Amerika ke, Russia ke, MALAYSIA ke, semua mesti kena pandai ckp Jepun.Tapi, kalau kita fikir betol2 bagus jgk kan. Kenapa? Sebab kita dapat lihat bahawa mereka sangat mementingkan tradisi dan sentiasa memartabatkan bahasa mereka. Ada aku pernah sembang ngan mamat Jepun nama dia Matsumoto Kun. Kacak dan baik gila dia ni taw. Selalu bertegur sapa dengan aku. Hehe. Bila sembang2 tu ada la cakap pasai penggunaan English ni. Aku cerita la sistem pembelajaran kat Malaysia kebanyakannya guna English mcm subject Science n Mathematics. Dia cakap patut la semua hebat English. Aku ckp xlah hebat mana pon. Pastu dok sembang tiba2 dia cakap tapi kalau kata org2 kat Jepun semua pakat nak guna English macam mana nk kekalkan tradisi?Nanti hilangla martabat Bahasa Jepun tu sendiri. Apa aku cuba nk explain kat sini ialah tengokla macam mana pemikiran generasi2 muda di sini. Tambahan pula, kat sini contoh macam teori ka simbol ka kadang2 mereka ni suka ubah ikot style mereka sendiri. Kalau boleh tu xmau samakan dengan negara lain langsung. Mereka cuba sedaya boleh utk berdiri di atas kaki sendiri. Betol. Xtipu. Kadang2 tension jugak belajar kat sini. Selalu jadi terkonpius. Argghh,,before ni belajar mcm lain sekarang mcm lain plak. Then,semua perkataan2 luar cnth english words,mereka akan tukarkan kepada sebutan sendiri dengan menukarkan ejaan tu kepada Katakana(salah satu Japanese Character). Tapi kan, even mcm tu,mereka boleh ja berkembang maju kan. Kalaulah Malaysia pon boleh buat mcm ni kan best kan. Tapi entahlah,xnak komen banyak2 sebab sekarang ni penggunaan English mmg dah mcm benda wajib dah. Malu kalau kita xdapat speaking tp bagi org2 Jepun ni mereka xkisah langsung walaupun mereka xpandai sebut Thank You sekalipon. Even kalau dalam kelas BI selalu mengelat, tdoq tak hengat dunia, wat dunno ja apa yg sensei ajar kat depan tu. Punya la depa benci dan tak berminat nak belajar BI. Haha. Lawak betoi la depa ni. Aku mmg teruk pon English tapi dalam kelas selalu aku yg bg respon,, kena bagi respon!kalau x sian kat sensei. Haha. 

Hoiishh..panjang jugak cerita aku noh. nah cerita setiap perbualan aku tiap2 hari tu mmg jenuh jugak la. Tula bagi lagi aku masa dan peluang mengarut kan dah panjang lebar ni ha. So aku nk buat conclusion jala. Tapi apa konklusinya?haha. Haisyh, payah jgk noh. Ni aku malas nk bincang bab ni neyh. Hadoi. Bagi aku xkisah la nk guna bahasa apa, yang penting SAYANGILAH NEGARA ANDA. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Haha. Tapi pendapat aku la, alangkah bagusnya kalau Bahasa Malaysia kita boleh ditingkatkan martabatnya. Dan orang2 dari negara lain dapat menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantaraan. Kalau la betoi, alangkah bangganya kita kan. Tapi tak mustahil jugak kan? Apa yg penting??Lu pikir la sniri!hehe

Okay la beb, nk sambung tgk crita kejap pastu nk tdo!hehe.

See ya!Good night!

Wednesday, December 22, 2010

Today is Wednesday

Yeah...its Wednesday..like i told u before my classes finished early today. So now im on my bed. (skrg ney balek je umah cr katil la sbb tu tmpt plg warm skali..hehe).. Guys, I just don't know what had happened to me but sejak dua menjak ni kan balek je kelas asyek bkk cite playful kiss tu asyek dok ulang..Sighh.. crita tu mgg betol2 make me crazy taw! auchh! Dah la dah la. xabeh2. Bosan betol kan?? Tapi..what can i do, cite tu xbosan lgsg even i keep on watching like everyday. Oh my Gucci!! Dah la tu kan. Haissyh.. Okay ari ni nk layan cite baru lak. SECRET GARDEN! Ari tu time dak2 kyoto dtg bermalam di umah aku dorg bkk cite neyh, aku baru tgk cket and i think cite dye not bad la, best jgk. So ari ni aku akan marathon layan cite ney plak. Haha. Bye2 Baek Seung Jo dan Oh Ha Ni. Don't miss me ok! hua3. Im gonna miss u bebeh~ gatai!!haha

~layan~
Bye2 Baek Seung Jo, Bye Oh Ha Ni!

Haa,,sambil tu mkn koew teow tomyam! Makan lagi. Eh2. aku baru nk lunch ney taw. Semalam housemate aku buat tomyam. So arini aku rase cam malas nk mkn nasi so aku rebus la koew teow ney. Hehe.*(actually i don't know the exact spelling for "koew teow"). Xpe, paham je kan. Hoho. Okayh. Nak layan dulu. Zaaassss~~~~

Tuesday, December 21, 2010

WINTER SONATA

Gempak je gambar.
 Nanti nk honeymoon ngan future husband time winter lah. 
Eh2..aku bkn nk cita sal cite korea lagi hari ni..Dak2. Hehe. Yayy.....dua hari lagi ada kelas lepas tu bermulalah 冬休み(fuyu yasumi). Bermakna sekarang ney aku tengah menggigil kesejukan gila2. Cuma tempat aku ney area bawah so salji xturun lagi. Kalau turun pon dya xberkumpul. Jatuh dan hilang jd air je. Area atas2 dh turn la salji. Hee.. xsabar nk men snowboard awal bln 1 nanti. Biasa la, pestime, excited lebih. Hihi. Dah sejuk ni paham2 la weyh. Jadi malas nk bergerak nak je duduk atas katil dalam selimut ney sbb aku letak 電気毛布(denki moufu) atas tilam aku ney so that katil ney sentiasa panas. Hehe. Sedap je tdo. Pastu time2 mcm ney lagi cepat je lapar. Asyik nk mkn je kejenye. Im gaining weight laaa.. Huhu.

Argghhh..tolong la cepat masa berlalu...Besok kelas dari 8:50 pg sampai kol 12:10 tgh hari je. 2 kelas je. Hehe. Happy2. Then khamis cuti plak..cuti bersempena 天皇誕生日(tennoutanjoubi). Unfortunately jumaat still ade kelas. Haissyhh. Awat xtreh cuti ja? saja la depa ni taw. yeeee. Xpa2. Sabaq2. Lepas tu cuti bout 2 weeks. yes! Hari2 cutiku nanti sudah dipenuhi dengan aktiviti2 yang bermanfaat. Haha. Penuh. First week tu 2 of my friends from Fukushima and Tohoku will come to visit me here. Dorang nk suruh aku bawak g tempat2 makan yg best actually. Besa la, kalau tgk muka aku ja teringat makan. Sighhh. Haha. So, aku dah listkan tempat2 mkn yang akan aku bawak dorg nanti. Tabehoudai of course la kan. Tu 特徴(tokuchou) Kobe lah. Haha. Tabehoudai ney tmpt mkn seafood ala buffet. Meaning kau bayar sekian2 harga dan kau makan la puas2 apa kau nk makan. PERINGATAN! makan yg HALAL saje ek. Hihi. Jangan semua ko nk henatam. Haha. Ada udang, ketam, oyster, sotong, ikan segala jenis, dll. Ada jugak nasi goreng banyak jenis, Pilih yg boleh makan yerk. Then ada spaghetti, pizza, sushi, sup2, bread2, lg apa lagi kau nak. Macam2 ada. Plus dessert pon disediakan. Ada kek banyak jenis, aiskrim lagi, fruits, cocktail banyak lah. Nak aku senaraikan kat sini meleleh plak ayaq liuq hampa. Haha.Plus tmpt ney sebelah ngan laut, jadi boleh jgk kalau nk pusing2 kobe skit nek ala2 cruise. Hehe. So to Kina n Yana aku akan bawak korang g sana. Makan la puas2 yerk. Yang len2 bila nk dtg sini bagitaw la kompem aku bawak p sana. Hihi. Dorang nak aku bawak g mkn 'okonomiyaki n takoyaki'. Ex of the Japanese foods and I like them so much. Makan banyak2 pon xpa. 

Oooppsss. Kuat makan betol pastu dok kalut gemok!haha. 

Nek feri jap pusing2 b4 serang kedai fisherman utk mkn!
Makan xtgk org dah. Haha
Time kohai belanja senpai. Tabehoudai lagi. Haha
saya tengah makan takoyaki feveret saya tu. Oishii..
gambar ney dah lama act. Time bulan 8 lagi.
Jalan2 di Kyoto b4 balek bercuti di Malaysia. 
-Ni lah okonomiyaki-
Memandangkan esok hanya 2 kelas n kelasnya cuma BI n Kelas Law which is kelas ney(i mean kelas Law tu) aku suka wat keja sniri ja sbb aku lgsg xpaham apa yg sensei tu ckp kat depan sebab undang2 kat Malaysia pon aku xpenah paham apa lagi Undang2 kat Jepun ney. Memeningkan. Haisssh... Apesal la aku dpt kelas tu. Dah la student 12 org je. Taw x, aku yg selalu duduk baris ke bape belas tah ngan senior aku ney pon kitorang la student plg depan duduk. Harapkan nihonjin lagi la belakang skali dorg duduk. Semua sama ja, masing2 buat keja seniri xpon tdo je. Haha. Aku apa lg, ikot contoh la weyh. Hoho. Maji kelas tu plg aku xsuka. Sensei slalu bagi contoh kejadian2 yg berlaku pasal pilihan raya dsbg kat newspaper. Harap la aku nk paham weyh. Surat khabar dorg lg la satu haprak xpaham. Konklusinya aku mmg xpaham lgsg la kelas tu dan x dak keinginan pon utk paham. Biarlah rahsia. Haha. So disebabkan sebab2 yg aku bagi kat atas ney so malam ney aku xdak keja la sgt. Report 無機化学(muki kagaku) ngan 実験(jikken) dah siap! yay! So jadilah satu entry yg mengarut2 malam ney disebabkan xdak kerjanya aku. Pening dak bc blog aku ni? Dont worry, aku pon pening. Hoho. And aku jgk ada update kan lagu2 feveret aku dalam blog aku ney.  Dah la dah la. Melalut pa panjang2. Ok, see u again. Good night. 

Sebenarnya aku nk buat entry len tp tah kenapa aku dok melalut benda x pekdah neyh. Haha. nvm lah. Blog i suka hati la i nk membebel apa kan. =D






冬休み(fuyu yasumi) ~ winter holiday
天皇誕生日(tennoutanjoubi) ~ Emperor's Birthday
特徴(tokuchou) ~ features
無機化学(muki kagaku) ~ Inorganic Chemistry
実験(jikken) ~ experiment
電気毛布(denki moufu) ~ Electric Blanket